Lepak Blogger / Syoknyerblogging Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

2 posters

Go down

Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by chean285 2011-01-15, 16:37

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/2010/01/agama-12-barisan-menuju-akhirat-barisan.html



Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh



Bagi coretan dalam Slot Agama yang lalu, saya telah menceritakan siapakah barisan pertama daripada 12 golongan manusia menuju ke akhirat iaitu orang yang sombong dan tidak berbuat baik terhadap jiran-jiran di sekeliling mereka di mana golongan ini dibangkitkan untuk menuju ke Padang Mahsyar bagi menemui Allah S.W.T. tanpa tangan dan kaki.


Dalam Slot Agama kali ini, saya akan bercerita pula barisan yang kedua yang akan dibangkitkan oleh Allah di Hari Akhirat kelak bagi menemuiNya iaitu:


Barisan Kedua :

"Diiringi dari kubur masing-masing dalam bentuk babi hutan."



Siapakah Mereka?

Datang seruan Allah :
“Mereka adalah orang-orang yang meringankan solat sewaktu hidup mereka, sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari daripada siksa kubur, namun sebaliknya mereka yang mengabaikannya, maka sewaktu mereka mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuknya.”





Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, maka gugurlah dosa-dosa itu.”




MasyaAllah, betapa besar kehinaan yang akan ditanggung oleh kita sekiranya kita meringan-ringankan solat sehinggakan kita dibangkitkan dalam keadaan suatu haiwan liar diharamkan untuk kita memakannya, malah menyentuhnya sahaja perlu disertu kerana ia tergolong dalam jenis najis mughallazhah. Betapa azabnya kita disiksa di dalam kubur sehinggakan bersilang tulang rusuk apabila dihimpit oleh liang lahad dan itu belum lagi siksa Hari Qiamat.


Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa menjaga dan memelihara solat kita sebaik mungkin bukan sahaja dari segi cukup atau tidak kita menunaikan solat pada waktunya, malah aspek kualiti solat yang kita persembahkan kepada Allah S.W.T. Sentiasalah kita muhasabah diri kita sendiri sejauh manakah mutu solat kita selama ini, adakah ia benar-benar sempurna untuk diterima oleh Allah?





Betapa solat merupakan suatu ibadah yang penting sehinggakan ia diterima sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W menerusi peristiwa isra' dan mikraj, bukan melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S sepertimana ibadah-ibadah yang lain.


Permulaannya solat diperintahkan kepada ummat Muhammad agar dilakukan 50 waktu sehari semalam. Namun Rasulullah S.A.W sanggup beberapa kali menemui Allah S.W.T bagi menguranginya sehinggalah ia menjadi hanya 5 waktu pada hari ini. Betapa Rasulullah memikirkan untuk kemudahan ummatnya, namun adakah ini masih berat untuk kita menunaikan tanggungjawab kita?





Ingatlah :
“Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya, maka dia telah mendirikan agama, namun barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agama.”








Sekian,
Terima Kasih.



http://chean2885-dusuki.blogspot.com/2010/01/agama-12-barisan-menuju-akhirat-barisan.html

chean285

Posts : 10
Points : 18
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 38
Location : Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by jabdul rashid 2011-01-15, 17:59

mudah-mudahan kita tidak masuk dlm golongan tersebut...
jabdul rashid
jabdul rashid

Posts : 516
Points : 608
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Location : Kuantan

http://ucmitosboy.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by chean285 2011-01-16, 12:59

InsyaAllah, mudah-mudahan dipelihara iman sentiasa.

chean285

Posts : 10
Points : 18
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 38
Location : Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Kedua daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum