Lepak Blogger / Syoknyerblogging Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

+3
Black Winter
[MidNight]|Starz
thalhah
7 posters

Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by thalhah 2011-01-04, 03:44

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Su_01.1

TIMBALAN Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati Safee Sali supaya memikirkan ‘semasak-masaknya’ sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.

Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negara selepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.

“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.

“Oleh itu, saya harap Safee memikirkan dulu semua perkara sebelum membuat keputusan.

“Jangan pula pilihan yang dibuatnya ini akan merugikan masa depannya dan juga negara,” ujar baginda lagi.

Safee ketika ini menyertai skuad Selangor menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan ujian pra musim di Perth, Australia hingga 9 Januari ini.

Sementara itu, mengenai imbuhan kepada pemain skuad Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat, Tengku Abdullah berkata, ia akan diumumkan oleh Presiden FAM sendiri, Sultan Ahmad Shah pertengahan bulan ini.

“Saya rasa lebih baik kita jangan fikir sangat tentang ganjaran atau imbuhan kepada pemain negara ini. Kita tidak boleh terlalu teruja dengan kejayaan ini,” jelas Tengku Abdullah.

“Bagaimanapun, FAM akan tetap memberi ganjaran kepada pemain negara, cuma masih belum pasti bila- kah masa untuk mengumumkannya.

“Semua ini terpulang kepada presiden sendiri untuk menentukannya dan saya rasa mungkin pada pertengahan bulan ini Presiden FAM akan umumkan,” tambah baginda lagi.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
thalhah
thalhah
Founder
Founder

Posts : 391
Points : 613
Reputation : 27
Join date : 2010-11-17
Age : 35
Location : Malaysia

http://www.thalhah.com/

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by [MidNight]|Starz 2011-01-04, 10:30

Tak bahye ke gi Indo..?? Ak teringat brita sukan mase tv3 interview Safee hri tu.. Lps mng Bleh plak dia kate penyokong diorg xbermoral.. So, masih nk gi Indo lagi..?? scratch
[MidNight]|Starz
[MidNight]|Starz

Posts : 152
Points : 219
Reputation : 8
Join date : 2010-12-24

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by Black Winter 2011-01-07, 19:15

Macam ni ker pemain Malaysia? Dapat tawaran lebih sikit dah nak berhijrah. Kenape x naikkan nama Malaysia betul2 dulu? Kalau kata nak cari pengalaman baru, jgn la ke Indo tu. Dah la org Indo kutuk2 org Malaysia, tetibe dia nk p sana pulak? Question Adeii...
Black Winter
Black Winter

Posts : 154
Points : 188
Reputation : 1
Join date : 2010-12-29

http://jotsofme.blogspot.com

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by wolverine89 2011-01-07, 20:13

aku pon rase..
pemain malaysia x perlu pindah klo dpt tawaran dari kelab
asia tenggara je..
sbab malaysia dah jadi juara pon..

kene cari yang dari asia timur laa..
wolverine89
wolverine89

Posts : 142
Points : 192
Reputation : 3
Join date : 2010-12-30
Age : 35
Location : Masjid tanah- melaka- bangi- ukm.

http://syafiqorangmelaka.blogspot.com/

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by Nescafe ais 2011-01-07, 21:10

Kalau betul2 nak cari pengalaman pun, baik gi Jepun ker Korea ker. Baru buleh tambah pengalaman. Kalau main kat area Asia Tenggara yang level bolasepaknya lebih kurang macam Malaysia,takut tak ke mana nanti

Nescafe ais
Admin
Admin

Posts : 266
Points : 324
Reputation : 10
Join date : 2010-12-26

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by [MidNight]|Starz 2011-01-07, 21:18

Hrp2 Safee kekal la di Selangor...hehe.
Jgn mara... ~peace~.. Very Happy

P/S: Xsabar nk tggu 12 Jan.. Nk tgk brape byk ranking Msia naik
[MidNight]|Starz
[MidNight]|Starz

Posts : 152
Points : 219
Reputation : 8
Join date : 2010-12-24

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by mohdisa 2011-01-08, 09:23

hoho, apa salahnya dia nak mencuba nasib di indon. Smile
mohdisa
mohdisa

Posts : 15
Points : 29
Reputation : 0
Join date : 2011-01-07
Age : 39
Location : Perak

http://www.mohdisa.com/

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by mohdaiman123 2011-01-09, 11:55

xpayah la safee.. maen kt sini lagi best.. hoho
mohdaiman123
mohdaiman123

Posts : 56
Points : 142
Reputation : 4
Join date : 2011-01-08
Age : 34
Location : kuala lumpur

Back to top Go down

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’ Empty Re: Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum