awak ... awak ... awak
+10
efa
mojakoko
atikah
czetty
ieda alhabsyi
zulkbo
jabdul rashid
deathluver
akuanakpahang
al-lavendari
14 posters
Page 1 of 1
awak ... awak ... awak
awak ...
kita sudah tidak tahu bagaimana lagi
hendak memujuk hati ini
supaya jangan teringat kepada awak lagi
namun hati bukan boleh dikunci
ingatan pada awak sentiasa mencuri-curi
datang dan pergi.
awak ...
kita sebenarnya tidak gembira
bila ingatan pada awak selalu menerjah tiba
sia-sia saja kita bina benteng menahan rasa
apa saja kerja kita, jadi caca marba
tidur tak basah, makan tak lena
hingga akhirnya kita pasrah bahawa perasaan ini
akan kekal begini
higga ke akhir usia kita nanti.
awak ...
memang benarlah kata pujangga
cinta pertama memang beginilah padahnya.
Layannnnn !
awak = blog.
sumber: http://puecorgxret.blogspot.com/2010/12/awak.html
.
Re: awak ... awak ... awak
hehe..ingatkan kepada kekaseh hati..
rupenye keluh kesah tentang blog yer..
rupenye keluh kesah tentang blog yer..
Re: awak ... awak ... awak
alahai Sang Blog..
"Cinta itu buta"
betul la agaknya
peribahasa tu ye?
he he..
"Cinta itu buta"
betul la agaknya
peribahasa tu ye?
he he..
Re: awak ... awak ... awak
hahah...awak nie memang lah....
mojakoko- Posts : 252
Points : 296
Reputation : 4
Join date : 2011-01-12
Age : 34
Location : penang
Re: awak ... awak ... awak
efa wrote:tersenyum sendirian..awak..awak..
awak awak awak tu kena 3 kali .. kalau 2 kali, dia jadi sejenis burung. harap maklum ! hehe
Re: awak ... awak ... awak
al-lavendari wrote:efa wrote:tersenyum sendirian..awak..awak..
awak awak awak tu kena 3 kali .. kalau 2 kali, dia jadi sejenis burung. harap maklum ! hehe
heheheh..sori awak... awak... awak..
Re: awak ... awak ... awak
shafinar wrote:czetty wrote:kreatif sungguh!
gulp....zetty buat2 tak kenal ehhhhh...
adakah anda berdua sudah kenal mengenali sebelum ini ?
Re: awak ... awak ... awak
hello, she's my staff & i'm her boss..bukan staff kantoi dengan boss, boss kantoi dengan staff....heheeh
Re: awak ... awak ... awak
shafinar wrote:hello, she's my staff & i'm her boss..bukan staff kantoi dengan boss, boss kantoi dengan staff....heheeh
kalau begitu, sama-samalah kita simpan rahsia. kita tu termasuklah saya sebab saya dah tahu. hehe
Re: awak ... awak ... awak
belumal-lavendari wrote:shafinar wrote:czetty wrote:kreatif sungguh!
gulp....zetty buat2 tak kenal ehhhhh...
adakah anda berdua sudah kenal mengenali sebelum ini ?
Re: awak ... awak ... awak
KakiBongkar wrote:belumal-lavendari wrote:shafinar wrote:czetty wrote:kreatif sungguh!
gulp....zetty buat2 tak kenal ehhhhh...
adakah anda berdua sudah kenal mengenali sebelum ini ?
siapa yang tanya awak ? orang makan rojak, awak makan kapur .. ! hehe
Re: awak ... awak ... awak
tak acilah
awak biarkan kita sorang-sorang
macam pokok sebatang
di tengah-tengah padang
tiada kawan untuk bersembang.
kalau angin datang
kita mudah goyang
kalau ribut datang
kita mungkin tumbang.
awak !
kita juga rasa bimbang
dirasuk jembalang
atau diganggu orang seberang.
ke mana awak pergi bergelandang?
tinggalkan kita terkontang-kontang.
tak acilah awak buat kita macam ni!
Last edited by al-lavendari on 2011-01-21, 16:31; edited 1 time in total
Re: awak ... awak ... awak
al-lavendari wrote:shafinar wrote:hello, she's my staff & i'm her boss..bukan staff kantoi dengan boss, boss kantoi dengan staff....heheeh
kalau begitu, sama-samalah kita simpan rahsia. kita tu termasuklah saya sebab saya dah tahu. hehe
EKEKEK, tak simpan rahsia...dah pi tanya tempat dia tadi...masa rehat boleh la reply comment, masa kerja memang pantang la layan semua ni...
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|