Tak bersalah ke tak berdosa ?
+2
SayaAnonymous
al-lavendari
6 posters
Page 1 of 1
Tak bersalah ke tak berdosa ?
Kerap kali kita mendengar dan terbaca dalam media-massa, baik milik kerajaan atau swasta ungkapan seperti berikut:
"Tiga orang awam warga Palestin yang tidak berdosa telah terbunuh akibat tembakan membabi buta askar Yahudi semasa operasi merobohkan rumah mereka .. ".
Saya tidak pasti samada benar-benar orang awam tersebut tidak berdosa, kerana kerja menentukan samada seseorang itu berdosa atau tidak adalah kerja Allan, bukan kerja kita manusia. Pandai-pandai sahaja kita kata orang tidak berdosa.
Jadi, saya rasa adalah lebih sesuai jika perkataan tidak berdosa itu digantikan dengan perkataan tidak bersalah kerana pada saya orang-orang awam itu memang tidak bersalah dalam hal ini.
.
Re: Tak bersalah ke tak berdosa ?
setuju..mana kita tahu orang tu berdosa ke tidak..haha..tidak bersalah!
Re: Tak bersalah ke tak berdosa ?
heh.. saya dah lama terpikir benda ni. yang maksum para Rasul je... (tolong betulkan kalau salah)
Re: Tak bersalah ke tak berdosa ?
Agakanya drp sudut bahasa berdosa itu bersalah, kerana yang tidak berdosa tentu tidak bersalah itu pandangan saya
Re: Tak bersalah ke tak berdosa ?
akuanakpahang wrote:Agakanya drp sudut bahasa berdosa itu bersalah, kerana yang tidak berdosa tentu tidak bersalah itu pandangan saya
barangkali juga .. macam perkataan 'harus' yang digunakan di Indonesia, maksudnya wajib. akhirnya kita jadi keliru, harus itu dari sudut bahasa ke atau dari sudut agama. sebab itu saya lebih gemar menggunakan tidak bersalah dalam kes di atas kerana ia tidak mengelirukan. kalau dalam bahasa inggerisnya mereka itu di panggil "innocent people" . bukankah ia lebih tepat kepada makna tidak bersalah.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum