Ceritera Perkataan "Lalu"
+4
efa
tice.su
zulkbo
al-lavendari
8 posters
Page 1 of 1
Ceritera Perkataan "Lalu"
Pada pagi minggu yang lalu, saya pergi berjogging macam selalu. Semasa balik, saya lalu dekat sebuah kedai Mamak. Bila terbau roti canai, perut saya terasa lapar selalu. Tapi bila tengok lalat banyak sangat, saya langsung tak lalu nak makan. Saya pun terus berlalu dari situ.
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
Pergi ke Selayang lalu di Gombak
Mulanya lalu dekat Setapak
Lalu tak makan sup otak
Tak lalu saya tengok pun tidak
Mulanya lalu dekat Setapak
Lalu tak makan sup otak
Tak lalu saya tengok pun tidak
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
saya lalu saja disini
lalu saya teringin nak join
saya pun letak entry dan berlalu
lalu saya teringin nak join
saya pun letak entry dan berlalu
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
hari2 saya melalui lalulintas yang sibuk..sambil menunggu lalu lintas reda..saya nampak sebatang jalan..lalu saya melalui jalan pintas itu..saya melalui jalan pintas yang kurang dilalui orang untuk mempercepat perjalanan..lalu punya lalu..saya sampai ke rumah..
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
efa wrote:saya lalu saja disini
lalu saya teringin nak join
saya pun letak entry dan berlalu
selalu-selalulah lalu kat sini nooo !
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
al-lavendari wrote:efa wrote:saya lalu saja disini
lalu saya teringin nak join
saya pun letak entry dan berlalu
selalu-selalulah lalu kat sini nooo !
Sibuk Tuan..
ermmmm
cuba sehabis baik
he he..
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
Saya pun balik ke rumah melalui taman permainan. Setibanya di rumah lalu saya terus tengok tv untuk ikuti sambungan drama minggu lalu. Rupanya letrik tak ada, saya terus berlalulalu ke bilik tidur dan berbaring-baring. Oleh kerana badan terletih, saya lalu tertidur sambil diiringi lagu nyanyian Uji Rashid.
Ku Ingin Selalu Di Samping Mu
(Uji Rashid)
Setelah kau pergi ku selalu berduka
Tak pernah tenteram di jiwa
Setelah kau tiada hatiku gelisah
Tiada tempatku bermanja
Wahai kekasih
Tidakkah kau tahu
Ku ingin selalu di sampingmu
Setiap masa hatiku tak lupa
Ku harap kau begitu jua
Di angin nan lalu
Ku sampaikan pesan
Padamu hai idaman kalbu
Di burung nan terbang
Ku kirimkan berita
Ku selalu menanti kau tiba
Ku Ingin Selalu Di Samping Mu
(Uji Rashid)
Setelah kau pergi ku selalu berduka
Tak pernah tenteram di jiwa
Setelah kau tiada hatiku gelisah
Tiada tempatku bermanja
Wahai kekasih
Tidakkah kau tahu
Ku ingin selalu di sampingmu
Setiap masa hatiku tak lupa
Ku harap kau begitu jua
Di angin nan lalu
Ku sampaikan pesan
Padamu hai idaman kalbu
Di burung nan terbang
Ku kirimkan berita
Ku selalu menanti kau tiba
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
zulkbo wrote:al-lavendari wrote:efa wrote:saya lalu saja disini
lalu saya teringin nak join
saya pun letak entry dan berlalu
selalu-selalulah lalu kat sini nooo !
Sibuk Tuan..
ermmmm
cuba sehabis baik
he he..
betul .. hari ini sibuk sikit dari biasa. pagi pergi memancing .. sekor haram tak dapat ! grrr
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
wafiysuzly wrote:ikan tu lalu lalu tepi je..tak lalu nak makan umpan..hehe
rasa macam nak libas jer dengan batang pancing !
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
Tak lalu nak makan ikan. Kalau ikan lalu pun, ikan tak makan umpan.
Napa ikan tak lalu nak makan umpan? Oleh kerana ikan tak makan umpan, ikan pun berlalu pergi..
Napa ikan tak lalu nak makan umpan? Oleh kerana ikan tak makan umpan, ikan pun berlalu pergi..
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
al-lavendari wrote:wafiysuzly wrote:ikan tu lalu lalu tepi je..tak lalu nak makan umpan..hehe
rasa macam nak libas jer dengan batang pancing !
lalu berlalulah ikan ikan tersebut melalui susur sungai dnegan gembira...lalu mereka tiba di rumah dengan selamat..
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
iza82 wrote:Tak lalu nak makan ikan. Kalau ikan lalu pun, ikan tak makan umpan.
Napa ikan tak lalu nak makan umpan? Oleh kerana ikan tak makan umpan, ikan pun berlalu pergi..
ikan2 tu kak iza..tak lalu nak makan umpan sbb mereka lalu nak makan cikencop jek..hehe
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
wafiysuzly wrote:
ikan2 tu kak iza..tak lalu nak makan umpan sbb mereka lalu nak makan cikencop jek..hehe
Bagi ikan2 tu makan fish and chip dah la....
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
wafiysuzly wrote:lalu ke mreka makan sedare sndiri..??huhu
masa hidup pun boleh makan darah daging sendiri,
inikan pula bila dah arwah.
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
Bila terbangun baru terasa ingin sarapan. Dan macam selalu, saya juga kena makan ubat setiap pagi. Kalau tak lalu pun kena makan juga. Sebaik selesai, saya mendapat panggilan telefon untuk datang segera ke tempat kerja. Saya pun segera berlalu ke tempat kerja ..
Kesimpulannya: Memang kaya Bahasa Melayu kita. Perkataan lalu sahaja membawa bermacam-macam makna. Oleh itu gunakan Bahasa Melayu selalu. Orang yang jarang menggunakan Bahasa Melayu tidak akan terasa keindahan dan keunikannya.
Kesimpulannya: Memang kaya Bahasa Melayu kita. Perkataan lalu sahaja membawa bermacam-macam makna. Oleh itu gunakan Bahasa Melayu selalu. Orang yang jarang menggunakan Bahasa Melayu tidak akan terasa keindahan dan keunikannya.
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
empat minggu lalu saya selalu on9 kat kopitiam sambil tengok orang lalu lalu .. orang tengok saya lalu saya tengok balik..sambil bukak blog lalu saya bukak berita lalu lintas jalan raya .. lalu seperti selalu selalu pelayan kopitiam bagi saya senyuman lalu saya pon senyum bali...dah rse lame kat kopitiam lalu saya pon rasa boring dan macam selalu saya pon balik umah dengan melalui trafik light
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
sila lalu menggunakan laluan kanan dan kiri.
arahan ini kerana jalan bertentangan bakal dilalui oleh VVIP.
ini serius kerana VVIP ini terlalu istimewa.
arahan ini kerana jalan bertentangan bakal dilalui oleh VVIP.
ini serius kerana VVIP ini terlalu istimewa.
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
darjeelingSketch wrote:empat minggu lalu saya selalu on9 kat kopitiam sambil tengok orang lalu lalu .. orang tengok saya lalu saya tengok balik..sambil bukak blog lalu saya bukak berita lalu lintas jalan raya .. lalu seperti selalu selalu pelayan kopitiam bagi saya senyuman lalu saya pon senyum bali...dah rse lame kat kopitiam lalu saya pon rasa boring dan macam selalu saya pon balik umah dengan melalui trafik light
bagus betul .. orang boring keluar rumah. awak boring balik rumah.
Re: Ceritera Perkataan "Lalu"
shafinar wrote:sila lalu menggunakan laluan kanan dan kiri.
arahan ini kerana jalan bertentangan bakal dilalui oleh VVIP.
ini serius kerana VVIP ini terlalu istimewa.
macam menyindir jer ! hehe
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum