Lepak Blogger / Syoknyerblogging Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

5 posters

Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by chean285 2011-01-14, 08:19

Assalamu'alaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam Slot Agama pada tahun 2010 ini, saya akan paparkan mengenai 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat. Ini bermakna untuk setiap bulan, InsyaAllah saya akan memaparkan satu barisan manusia yang akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T.

Barisan Pertama :

"Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan tidak pula berkaki"

Masya-Allah, jika tiada kedua-dua anggota yang penting ini, cuba fikirkan bagaimana caranya untuk kita bergerak? Namun dengan kekuasaan Allah S.W.T., segalanya boleh berlaku. Maka walaupun golongan ini dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki, namun mereka masih lagi dapat menuju ke akhirat menemui Allah untuk dihitung amalan mereka dalam suatu perhimpunan agung di Padang Mahsyar.

Siapakah Mereka?

Keadaan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T. :

"Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yang sombong dan tidak berbuat kebajikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia mahupun di akhirat."

Firman Allah :

"Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takabbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar daripada (memahami) ayat-ayat-Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Tanpa mengira bangsa dan agama, kita wajib berbuat baik terhadap jiran selagi mana mereka tidak membawa ancaman kepada kita dan agama islam.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali".

(Al-Hujurat : 13)

Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi.

Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.

Sekian, Terima Kasih.

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/2010/05/agama-12-barisan-manusia-menuju-akhirat.html

chean285

Posts : 10
Points : 18
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 38
Location : Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by ieda alhabsyi 2011-01-14, 08:50

pernanh baca, terima kasih mengingatkan kembali Smile
ieda alhabsyi
ieda alhabsyi

Posts : 603
Points : 596
Reputation : 3
Join date : 2011-01-10
Age : 39
Location : ipoh

http://www.iedaluvsham.com

Back to top Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by jabdul rashid 2011-01-15, 12:28

terima kerana ingat mengingati Very Happy
jabdul rashid
jabdul rashid

Posts : 516
Points : 608
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Location : Kuantan

http://ucmitosboy.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by zulkbo 2011-01-15, 12:31

salam..ermmm
barisan keberapa la agaknya nanti?
moga Allah matikan ku dalam iman.. Sad
zulkbo
zulkbo

Posts : 502
Points : 556
Reputation : 3
Join date : 2011-01-07
Location : Kuala Lumpur

http://www.zulkbo.com/

Back to top Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by iza82 2011-01-15, 13:22

Terima kasih mengingatkan...
iza82
iza82

Posts : 374
Points : 379
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Age : 41
Location : Perak

http://azilas.blogspot.com

Back to top Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by chean285 2011-01-15, 16:33

Sama2. Terima kasih kembali pada semua yang sudi membacanya.

chean285

Posts : 10
Points : 18
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 38
Location : Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Pertama daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum