Lepak Blogger / Syoknyerblogging Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

5 posters

Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by chean285 2011-01-17, 11:23

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/2010/05/agama-12-barisan-menuju-akhirat-barisan.html


Assalamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh



Bertemu kembali dalam Slot Agama pada pagi Jumaat ini, ingin saya menyambung semula coretan sebelum ini iaitu perbincangan tentang "12 Barisan Manusia Menuju ke Akirat".


Sebelum ini saya telahpun paparkan 2 barisan, yakni yang pertama mereka yang diiringi daripada kubur dalam keadaan tidak mempunyai kedua-dua belah tangan juga kaki iaitu orang-orang yang sombong dan tidak berbuat baik kepada jiran.


Manakala barisan kedua yang dibangkitkan dari kubur dalam bentuk babi hutan, balasan kepada mereka yang meringan-ringankan solat fardhu. Bagaimana pula nasib golongan ketiga ini?


Barisan Ketiga :


"Diiringi daripada kubur dengan bentuk keldai dan perut mereka penuh dengan ular-ular serta kala jengking!"


Siapakah Mereka?

"Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam golongan orang yang berkemampuan. Inilah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka."

_______________________________________________________


Zakat terdiri daripada 2 bentuk iaitu :


1) Zakat Fitrah :

Wajib ditunaikan dalam bulan Ramadhan sehinggalah sebelum solat Aidilfitri pada satu Syawal setiap tahun mengikut kalendar hijriah.


2) Zakat Harta :

Wajib dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai lebihan harta daripada apa yang diperlukan olehnya dalam pelbagai bentuk dan tidak terhad hanya kepada kewangan.



Zakat fitrah wajib ditunaikan oleh sesiapa sahaja tidak kira miskin mahupun kaya, tua ataupun muda, termasuklah bayi (dibayar oleh ibubapa/penjaga) dan juga hamba sehaya (dibayar oleh pemilik hamba).


Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A., beliau sangat marah kepada golongn yang enggan membayar zakat dan memerangi mereka. Ini kerana, zakat merupakan sumber ekonomi umat islam bagi membantu 8 golongan asnaf untuk merasai sedikit nikmat kegembiraan di hari kemenagan ummat islam, Aidilfitri.

_______________________________________________________


Asnaf Zakat :


1) Asnaf faqir :

Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain

_________________________________


2) Asnaf Miskin :

Orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.




3) Asnaf Riqab :

Hamba mukatab yang ingin memerdekakan diri mereka di hari yang mulia tersebut.

_________________________________


4) Asnaf Gharimin :

Orang Islam yang ingin membebaskan dirinya daripada belenggu hutang. Mereka berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan :

(i) Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
(ii) Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
(iii)Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

_________________________________


5) Asnaf Muallaf :

Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

_________________________________


6) Asnaf Fisabilillah :

Mereka yang telah membelanjakan hampir keseluruhan harta mereka untuk perbuatan/perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.

_________________________________


7) Asnaf Ibni Sabil :

Mereka yang layak menerima zakat sekiranya mereka merupakan orang islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:

(i) Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
(ii) Pengembaraan diharuskan oleh syarak.

_________________________________


Cool Asnaf 'Amil :

Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

_______________________________________________________


Zakat sebenarnya menyucikan dan menyuburkan kembali harta yang sedang kita miliki, dan bukannya mengurangkn harta kita. Ini kerana mungkin dalam pencarian rezeki yang halal, mungkin terdapat sedikit sebanyak unsur-unsur syubhah yang menjadikan harta kita kita menjadi "kotor" dan tidak berkat dan seterusnya membantutkan perkembangan harta itu sendiri.


Sebagai perumpamaan, sekiranya di dalam tubuh kita mempunyai cacing parasit yang menyerap sebahagian daripada nutrien yang kita makan sehari-hari, pertumbuhan tubuh badan kita akan terbantut dan menjadi kurus. Apabila cacaing tersebut dikeluarkan, barulah pertumbesaran kita akan kembali normal.



Ingatlah :

Dalam rezeki yang kita terima, terdapat juga padanya rezeki orang lain yang wajib kita kongsikan.



Sekian,
Terima Kasih.


http://chean2885-dusuki.blogspot.com/2010/05/agama-12-barisan-menuju-akhirat-barisan.html

chean285

Posts : 10
Points : 18
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 38
Location : Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by jabdul rashid 2011-01-18, 18:14

terima kasih ingat memperingati
jabdul rashid
jabdul rashid

Posts : 516
Points : 608
Reputation : 4
Join date : 2011-01-06
Location : Kuantan

http://ucmitosboy.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by akuanakpahang 2011-01-18, 18:17

Terima kasih juga kerana mengingati saya selalu juga leka Sad
akuanakpahang
akuanakpahang

Posts : 232
Points : 303
Reputation : 5
Join date : 2011-01-07
Location : Bandar Jerantut

http://akuanakpahang.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by chean285 2011-01-20, 10:49

Sama-sama Jabdul Rashid dan akuanakpahang. Smile

chean285

Posts : 10
Points : 18
Reputation : 0
Join date : 2011-01-10
Age : 38
Location : Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

http://chean2885-dusuki.blogspot.com/

Back to top Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by KakiBongkar 2011-01-20, 11:06

ingat..ingat..ingat
KakiBongkar
KakiBongkar

Posts : 303
Points : 316
Reputation : 3
Join date : 2011-01-15

http://www.kakibongkar.com

Back to top Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by wafiysuzly 2011-01-20, 11:09

banyaknye dosa2 ku... Sad
wafiysuzly
wafiysuzly

Posts : 425
Points : 446
Reputation : 4
Join date : 2011-01-15
Age : 31
Location : pahang

http://wafiysuzly.blogspot.com

Back to top Go down

Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat Empty Re: Barisan Ketiga daripada 12 Barisan Manusia Menuju Akhirat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum